Kerjaya tentera Eduard_Dietl

Eduard Dietl ialah anak seorang pegawai kewangan Bavaria.[1] Pada tahun 1909, pada percubaan kedua untuk menyertai 5. Bavarian Infanterie Regiment, beliau akhirnya menjadi pegawai kadet. Selepas belajar di Kriegschule di Munich, beliau telah ditauliahkan sebagai Leutnant pada Oktober 1911. Pada Oktober 1915 beliau telah dinaikkan pangkat ke Oberleutnant dan bertugas sebagai komander kompeni dengan rejimennya. Pada Mac 1918, beliau telah dinaikkan pangkat ke Hauptmann. Beliau telah tercedera sebanyak empat kali semasa bertempur dalam Perang Dunia I. Beliau menyertai DAP (Deutsche Arbeiter Partei) dan Freikorps Franz Ritter von Epp pada tahun 1919. Dietl telah bersiap dengan kompeninya pada 9 November 1923 untuk menyokong Adolf Hitler dan pemberontak didalam Beer Hall Putsch. Bagaimanapun ia tidak datang untuk campur tangan.

Dietl terus berkhidmat didalam Tentera Darat Jerman dan, selaku Generalmajor, beliau membantu mengatur Sukan Olimpik Musim Sejuk 1936 yang berlangsung di Garmisch-Partenkirchen.[2]

Dietl memerintah Divisyen Gunung Ke-3 Jerman yang terlibat dalam pencerobohan Norway pada 9 dan 10 April 1940. Sebahagian besar divisyen ini telah mendarat di Narvik oleh sebuah pasukan tentera laut Jerman yang terdiri dari 10 buah kapal pembinasa, diperintah oleh Komodor Friedrich Bonte, pada 9 April 1940. Angkatan laut British yang dipimpin oleh kapal tempur HMS Warspite telah memusnahkan semua sepuluh pembinasa yang mengangkut askar-askar Dietl ke Narvik dan dapatmenawan semula bandar tersebut. Askar gunung Dietl berundur ke kawasan berbukit dan kemudian menawan semula bandar tersebut apabila Britain meninggalkan daya usaha mereka untuk mengusir pihak Jerman dari Norway disebabkan kejayaan Jerman di Barisan Barat (sempadan Perancis-Jerman, Luxembourg, Belgium dan Belanda).

Seorang Nazi yang meyakinkan dan merupakan salah seorang jeneral kesukaan Hitler, beliau merupakan perajurit Jerman pertama yang menerima, pada 19 Jun 1940, darjah Daun Oak bagi Knight Cross of the Iron Cross. Dietl juga popular dikalangan orang-orangnya dan sekutu Finland.[3]

Dietl selepas itu memerintah tentera Jerman di Norway dan utara Finland dan Eropah Timur dan naik ke pangkat Generaloberst (setaraf dengan Jeneral empat bintang), memerintah Tentera Darat Gunung Ke-20 di utara Barisan Timur, di mana hasil Kempen Artik Jerman tidak memuaskan. Dietl pada mulanya menolak kenaikkan pangkat, tetapi telah diyakinkan untuk menerima perlantikkan oleh Generaloberst Alfred Jodl.[3] Pada 23 Jun 1944, sebuah pesawat Junkers Ju 52 yang membawa Dietl, General der Infanterie Thomas-Emil von Wickede, General der Gebirgstruppe Karl Eglseer, Generalleutnant Franz Rossi dan tiga penumpang yang lain terhempas di persekitaran kampung kecil Rettenegg, Styria; tiada yang terselamat.

Sehingga tahun 1997, perbandaran Ringelai di Hutan Bavaria menyanjungi Dietl dengan sebuah plak peringatan. Sehingga tahun 1977, tapak ini sebaliknya menghormati Albert Leo Schlageter.[4] Freyung menyanjungi Dietl dengan jalan General-Dietl-Straße.[5]

Rujukan

WikiPedia: Eduard_Dietl http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,7... http://www.youtube.com/watch?v=CqpnDzNxMN8&feature... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://www.yle.fi/player/player.jsp?name=El%E4v%E4... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p267958552 http://isni.org/isni/0000000030409334 https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb16231160b https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb16231160b https://catalog.archives.gov/id/10575231 https://id.loc.gov/authorities/names/n92052218